Cerita kita yang saling curiga
Iklan
Palestin asalnya negara berdaulat milik orang Arab Palestin, tetapi diambil secara tipu helah oleh orang Yahudi. Foto hiasan
DAGANG lalu ditanakkan nasi, anak sendiri kelaparan. Mungkin itulah peribahasa bagi menunjukkan perasaan xenophobia. Ia dicipta orang tua kita sebagai ingatan. Ia biasanya menggambarkan perasaan kaum peribumi yang berasa tergugat dengan kehadiran orang asing.
Namun, bagi sesiapa di Malaysia yang faham sejarah Palestin, akan berasa aneh apabila ada yang menggambarkan layanan sebegitulah yang diberikan kepada bukan Melayu di Malaysia.