Carrick kembalikan aura zaman Alex Ferguson - Rooney

Iklan
Carrick

LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan kemenangan sulung Michael Carrick menentang Manchester City sebagai persembahan terbaik yang pernah disajikannya buat skuad itu sejak bertahun-tahun lamanya.

Menerusi siaran audio siar BBC, The Wayne Rooney Show, bekas penyerang prolifik itu mengakui kagum dengan perubahan drastik suasana di Old Trafford.

Iklan
Iklan

"Saya tidak berada di stadium, saya berada di studio BBC, tetapi adakah anda melihat perbezaan di dalam stadium? Malah ketika dia (Carrick) berjalan keluar sebelum perlawanan dan cuba menaikkan semangat penyokong.

"Saya rasa peminat merasai sesuatu semalam. Mereka dapat merasai kembali suasana seperti di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.

Iklan

"Sebilangan peminat muda yang melalui masa sukar sejak 10 atau 13 tahun lalu, iaitu sejak Fergie pergi, mereka tidak pernah menyaksikan pasukan beraksi sebaik itu," katanya.

Menurut Rooney, beliau sendiri pernah menjadi sebahagian daripada pasukan yang bergelut sebelum ini, namun aksi terbaharu United mempamerkan tenaga dan kepercayaan yang luar biasa.

Iklan

"Mereka (peminat muda) tidak pernah melihat pasukan bermain dengan tenaga sebegitu, kepercayaan dalam perjuangan, berani memegang bola, serta kental dan sukar untuk ditewaskan.

"Peminat merasainya semalam dan diharapkan itu adalah gambaran awal untuk apa yang bakal kita hadapi dalam 16 perlawanan seterusnya," ujarnya.

Tambahnya lagi, perbezaan tenaga, keyakinan serta ketenangan pemain mengawal bola berada pada tahap yang sangat berbeza berbanding sebelum ini.

"Ia bagaikan langit dengan bumi berbanding apa yang kita lihat sebelum ini, jadi ia adalah hari yang cukup baik.

"Ia mengingatkan saya apabila kita bercakap tentang DNA Man United, itulah dia. Bekerja keras, berlari untuk rakan sepasukan, kembali membentuk posisi bertahan dan sukar ditewaskan, serta apabila mendapat peluang, terus berlari ke hadapan," jelas Rooney.