Piala Malaysia: Faisal bantu Selangor benam Kelantan TRW
Iklan
Mohd Faizal (kanan) dikejar oleh pemain Kelantan TRW semasa melarikan bola pada aksi pertama pusingan kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Isnin. Foto SELANGOR FC
JARINGAN lewat perlawanan oleh Faisal Halim membantu Selangor FC melakar kemenangan 2-1 ke atas Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW) pada perlawanan pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Isnin.
Pada perlawanan itu, tuan rumah terlebih dulu membuka tirai jaringan diminit ke-25 menerusi Lyngbo Simen.
Iklan
Iklan
Tersentak dengan jaringan awal tuan rumah, Selangor FC terus menggandakan serangan namun dihampakan oleh ketumpulan jentera penyudah.
Keputusan 1-0 berpihak kepada Kelantan TRW kekal hingga tamat babak pertama sekali gus memberikan kelebihan kepada skuad bimbingan Akmal Rizal Ahmad Rakhli.
Iklan
Bersambung babak kedua, kapten Selangor FC, Mohd Faisal Halim memadamkan kelebihan tuan rumah apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-61 untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.
Selangor FC terus melancarkan beberapa serangan ke kubu tuan rumah namun terus dihampakan oleh ketangkasan Damyan Damyanov di gawang gol Kelantan TRW.
Iklan
Berbaki dua minit sebelum wisel panjang ditiup pengadil perlawanan, Faisal membuktikan sentuhan pemusnahnya masih berbisa apabila meledak jaringan kemenangan Gergasi Merah.
Keputusan itu menyaksikan Gergasi Merah membawa bekalan selesa sebelum bertembung sekali lagi pada aksi pusingan kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>