Jualan singkat untuk saham IJM digantung hari ini

Iklan
Jualan singkat harian (IDSS) untuk saham IJM Corp Bhd di Bursa Malaysia digantung sepanjang hari ini.

KUALA LUMPUR - Jualan singkat harian (IDSS) untuk saham IJM Corp Bhd di Bursa Malaysia digantung sepanjang hari ini.

Bursa Malaysia dalam satu makluman berkata, saham berkenaan digantung sepanjang hari apabila harga terakhir bagi Sekuriti yang Diluluskan susut lebih daripada 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.

Iklan
Iklan

Ia berkata, jualan singkat di bawah IDSS hanya akan diaktifkan semula esok pada 8.30 pagi.

Harga saham IJM merosot sebanyak 17 sen atau 6.07 peratus kepada RM2.63 setakat 4.36 petang. - Bernama 

Iklan

 

 

Iklan