KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas kejayaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun lepas dan berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi yang positif pada tahun lalu.
Seri Paduka Baginda bertitah, Malaysia masih berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi positif sebanyak 4.7 peratus dalam tempoh Januari hingga September tahun lepas dengan kadar pengangguran dan inflasi kekal rendah serta kemiskinan tegar berada pada paras 0.09 peratus.