Generasi brainrot: Cabaran pendidikan digital dan tanggungjawab bersama
Iklan
Cabaran zaman sekarang dengan situasi kebanyakan ibu dan bapa yang kedua-duanya bekerja, usaha untuk mengawal dan meneladani anak menjadi semakin sukar. - Gambar hiasan
ISU sosial dan pendidikan kanak-kanak sering menjadi tumpuan perbincangan di media dan media sosial.
Walaupun ini bukan isu baru, fenomena yang dikenali sebagai brainrot semakin membimbangkan apabila Oxford University Press memilihnya sebagai Word of the Year 2024, menandakan keseriusan masalah kemerosotan kognitif akibat pendedahan berlebihan kepada kandungan digital berkualiti rendah.