Sekat nombor pemanggil misteri
Iklan
Kerjasama lebih menyeluruh perlu diwujudkan antara MCMC, syarikat telco, institusi kewangan dan agensi penguatkuasaan bagi mencegah penipuan sebelum pengguna menjadi mangsa. - Gambar kecil (Saravanan)
SHAH ALAM - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan tegas dan segera terhadap ‘scammer’ yang aktif menggunakan modus operandi terbaharu bagi menipu orang awam iaitu panggilan senyap.
Meskipun belum ada laporan rasmi, Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Dr T Saravanan berkata, pihaknya memandang serius peningkatan mendadak maklum balas dan aduan berkaitan ‘pemanggil misteri’ yang diterima orang awam sejak kebelakangan ini.