KOTA KINABALU - Orang ramai boleh menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan perbuatan rasuah serta salah guna kuasa yang berlaku sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut kenyataan SPRM, aduan dan maklumat boleh disalurkan kepada agensi itu menerusi pelancaran pembukaan bilik gerakan di cawangan Sandakan.
Iklan
Iklan
Bilik gerakan itu beroperasi 24 jam bermula 10 hingga 25 Januari ini dan terletak di Tingkat 7, Bangunan Persekutuan, Jalan Labuk, Sandakan.
Selain itu, orang ramai juga boleh mengemukakan aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel di prnsabah@sprm.gov.my atau menghubungi talian 089-668746 dan 011-18669877.
Dalam pada itu, SPRM mengingatkan semua calon serta parti politik yang bertanding supaya tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya, selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).