SINGAPURA – Seorang wanita bertindak membuat laporan polis selepas mendapati hidangan yang dibelinya mengandungi cili meskipun telah meminta masakan tidak pedas semasa membuat pesanan.
Menurut laporan portal berita Stomp, wanita dikenali sebagai Carol itu membeli mihun wantan ladu udang dari sebuah gerai di Serangoon North Avenue 1 pada 13 Januari lalu.
Iklan
Iklan
Namun setibanya di rumah, dia terkejut kerana mendapati makanan tersebut penuh dengan cili yang sangat pedas.
"Saya buka makanan dan cili tu memang banyak.
"Saya sangat marah sebab sudah pesan hidangan tanpa cili," katanya sambil menyifatkan pengalaman itu sebagai sangat buruk.
Tidak berpuas hati, Carol kembali ke gerai itu dengan menaiki bas, namun gerai tersebut sudah ditutup dan penjual tiada di kawasan itu.
Berang dengan situasi itu, dia bertindak membuat laporan polis di balai polis di Serangoon North Avenue 1. - Agensi