Pas dijemput atau tidak ditentukan kemudian
Iklan
Sebelum ini, Ahmad Zahid dalam ucapan dasar PAU 2025 memaklumkan, UMNO akan menganjurkan Musyawarah Nasional sebagai sebahagian kerangka pemulihan di bawah tiga langkah pemulihan parti itu. Gambar kecil: Mohamed Khaled
KUALA LUMPUR – Perincian penuh termasuk pihak yang terlibat sama ada Pas dijemput menyertai Musyawarah Nasional dicadangkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan ditentukan dalam mesyuarat khas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setakat ini pelaksanaan musyawarah tersebut belum dimaklumkan secara terperinci.