Dari misi PBB ke Bukit Aman
Iklan
Ramli (tengah) bersama rakan sepasukan.
KUALA LUMPUR – Pengalaman berkhidmat dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bumi Afrika Barat menjadi antara episod paling signifikan dalam perjalanan kerjaya bekas pegawai kanan polis, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
Menurut bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ini, bertugas di negara pascakonflik perang saudara membuka perspektif luas mengenai makna keamanan dan tadbir urus keselamatan.