Ada apa dengan PKR sekarang?
Iklan
Hakikat yang tidak dapat dielakkan ialah PKR kini sama ada suka atau tidak telah menjadi sebahagian daripada establishment politik negara.
SEJAK kelahirannya pada 1999 dan pelbagai liku-liku yang dilaluinya, PKR kini berada di kemuncak kuasa politik negara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya diangkat sebagai Perdana Menteri dan setakat ini kemunculan seorang tokoh pencabar yang benar-benar kuat untuk memegang jawatan ini masih belum jelas.