Uruslah ladang babi dengan baik di Bukit Tagar
Iklan
Sejarah wabak virus Nipah pada 1998 wajar dijadikan peringatan kolektif kerana tragedi itu meragut 105 nyawa dan memusnahkan lebih satu juta ekor babi. Gambar hiasan
SUNGAI Selangor bukan sekadar aliran air di peta perancangan negeri, sebaliknya nadi kehidupan berjuta penduduk bermula dari hulu yang tenang hingga ke loji rawatan air yang tidak pernah ‘tidur’.
Saya pernah beberapa kali memancing di Sungai Selangor sekitar Bestari Jaya berhampiran Universiti Selangor (UNISEL). Hulu sungai ini datang dari kawasan tadahan hujan semula jadi berdekatan Bukit Tagar.