Di sebalik Pejabat Perdana Menteri
Iklan
Shamsul Iskandar
EMPAT puluh lima hari selepas melalui episod 'baju oren', bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, 51, tampil berkongsi sisi paling peribadi dan paling dekat dengan pusat kuasa negara.
Shamsul Iskandar sebelum ini meletakkan jawatan pada 25 November 2025 sebelum ditahan dan direman empat hari kemudian. Beliau turut berdepan keseluruhan lima pertuduhan di mahkamah.