Stam gesa United rekrut Frenkie De Jong

Iklan
De Jong sekali lagi dikaitkan dengan Manchester United pada jendela perpindahan Januari. Foto Agensi

MANCHESTER United kembali dikaitkan dengan Frenkie de Jong apabila pemain tengah Barcelona itu terus menjadi antara nama yang sering disebut dalam laporan perpindahan media Eropah, walaupun rundingan untuk membawanya ke Old Trafford masih belum pernah dimuktamadkan.

Minat terhadap pemain antarabangsa Belanda itu telah lama wujud, namun beberapa perubahan dalam struktur pengurusan dan kejurulatihan kelab gagal merealisasikan perpindahan yang diharapkan.

Iklan
Iklan

Perkembangan tersebut kembali mendapat perhatian ketika United masih berusaha mencari pemain tengah yang mampu meningkatkan kualiti permainan dan memberikan kawalan lebih baik di bahagian tengah padang, yang dilihat sebagai kelemahan utama pasukan ketika ini.

Legenda kelab, Jaap Stam berpandangan, United perlu mengambil pendekatan lebih berani dengan menjadikan De Jong sasaran utama pada jendela perpindahan Januari 2026, meskipun perpindahan pemain berprofil tinggi pada jendela musim sejuk sering mencabar.

Iklan

Menurut Stam, minat terhadap De Jong bukan khabar angin semata-mata, sebaliknya telah lama wujud dan kekal relevan walaupun berlaku pertukaran pengurus di Old Trafford, sekali gus menunjukkan keperluan sebenar pasukan terhadap pemain sepertinya.

“Pemain impian saya untuk Manchester United pada jendela perpindahan Januari ialah Frenkie de Jong dari Barcelona.

Iklan

“United perlu sentiasa mencari pemain yang boleh meningkatkan mutu permainan pasukan dan Frenkie sudah lama berada dalam senarai sasaran kelab sejak era Erik ten Hag,” kata Stam.

Bekas pertahanan Belanda itu turut berpandangan, De Jong berpotensi menjadi tunjang penting dalam membentuk keseimbangan pasukan, berdasarkan pengalamannya bekerja bersama pemain itu ketika di Ajax.

Selain keupayaannya mengawal permainan, De Jong juga memiliki kreativiti serta kebolehan menghasilkan hantaran tepat, elemen yang amat diperlukan United bagi memperbaiki prestasi keseluruhan pasukan.