Raja Salman jalani pemeriksaan perubatan - Istana Diraja Arab Saudi

Iklan
Raja Salman sedang menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Pakar King Faisal di Riyadh.

RIYADH - Istana Diraja Arab Saudi pada Jumaat mengeluarkan kenyataan memaklumkan yang Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud menjalani pemeriksaan perubatan di sebuah hospital di ibu negara, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

"Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud sedang menjalani pemeriksaan perubatan hari ini, Jumaat, 16 Januari 2026 di Hospital Pakar King Faisal di Riyadh.

Iklan
Iklan

"Semoga ALLAH melindungi Penjaga Dua Masjid Suci dan mengurniakan kesihatan serta kesejahteraan yang berterusan kepada baginda,” menurut kenyataan itu. - Bernama-SPA

 

Iklan
Iklan