Pearly-Thinaah melangkah ke separuh akhir Terbuka India

Iklan
Pearly-Thinaah bakal berdepan pasangan Jepun, Yuki Fukushima–Mayu Matsumoto yang menghuni ranking keenam dunia di separuh akhir esok. Foto: Agensi

BEREGU wanita negara, Pearly Tan–M Thinaah menepati ramalan apabila melangkah ke separuh akhir Terbuka India, hari ini.

Pasangan nombor dua dunia itu mara selepas menewaskan pasangan Taiwan yang menghuni ranking kesembilan dunia, Hsieh Pei Shan–Hung En Tzu 21-16, 21-10 dalam tempoh 33 minit.

Iklan
Iklan

Naib juara dunia itu mara ke separuh akhir buat kali kedua berturut-turut di Terbuka India dan kini memburu slot final pertama apabila bakal berdepan pasangan Jepun, Yuki Fukushima–Mayu Matsumoto yang menghuni ranking keenam dunia esok.

Tahun lalu, Pearly–Thinaah mara sehingga separuh akhir sebelum tewas kepada gandingan Korea Selatan, Kim Hye Jeong–Kong Hee Yong.

Iklan
Iklan