KDNK 2025 catat pertumbuhan 4.9 peratus, cermin keberkesanan reformasi ekonomi Madani - PM

Iklan
Anggaran pertumbuhan KDNK 2025 kepada sekitar 4.9 peratus mencerminkan keberkesanan reformasi ekonomi di bawah Kerajaan Madani.

KUALA LUMPUR - Anggaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2025 kepada sekitar 4.9 peratus, mengatasi ambang unjuran rasmi kerajaan antara 4.0 peratus hingga 4.8 peratus mencerminkan keberkesanan reformasi ekonomi di bawah Kerajaan Madani, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, meski Malaysia turut merasakan bahang tarif timbal balik Amerika Syarikat pada tahun lepas, reformasi ekonomi di bawah Kerajaan Madani memastikan kesannya tidak membebankan rakyat.

Iklan
Iklan

"Subsidi terus disasarkan kepada golongan memerlukan, menjadi tongkah yang memelihara kuasa beli rakyat jelata.

"Hubungan diplomatik diperkukuh dengan pelbagai negara turut menambah keyakinan untuk merancakkan pelaburan langsung asing serta perdagangan dengan Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Jumaat.

Iklan

Selain itu Anwar berkata, kerangka Ekonomi Madani akan terus menjadi pedoman dalam memperhebat iltizam pembaharuan ke arah ekonomi yang lebih adil, berdaya tahan, dan lestari.

Terdahulu, Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan bahawa bagi keseluruhan 2025, ekonomi Malaysia dianggarkan berkembang sebanyak 4.9 peratus, iaitu menghampiri pertumbuhan 5.1 peratus pada 2024.

Iklan

Bagi suku keempat 2025, ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.7 peratus, disokong oleh prestasi kukuh dalam sektor ekonomi utama dan permintaan domestik yang teguh.

Pertumbuhan ekonomi kukuh pada suku keempat itu dipacu oleh pertumbuhan sektor perkhidmatan sebanyak 5.4 peratus. - Bernama