KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ‘memujuk’ parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya MCA dan MIC supaya tidak lagi ‘merajuk’ untuk keluar gabungan serta kembali berpaut di bawah rumah besar BN.
Beliau berkata, hubungan adik-beradik sudah pasti akan ada yang 'tergigit', sekali gus semangat setiakawan perlu dipulihkan demi masa depan gabungan.
"Ada merajuk hendak masuk sana. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula adik beradik.
"Kita dakaplah balik sesama sendiri, merajuklah sekejap tidak mengapa. Marilah balik, dakaplah kita. Tapi janganlah merajuk lagi, kita pun tidak larat nak pujuk," menurutnya.
Beliau berkata sedemikian dalam ucapan dasar Presiden UMNO Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini, pada Jumaat.
Hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan.
Justeru, Ahmad Zahid mengajak kepada parti komponen BN untuk terus bersama dalam rumah besar BN.
"Balik ke sini duduk dekat rumah besar kita, rakyat Malaysia, sahabat dalam Barisan Nasional,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan UMNO kekal setia kepada perjanjian dan semangat kerjasama