Amaran hujan lebat, ribut petir di tiga negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir disertai hujan lebat dan angin kencang dijangka melibatkan berlaku di tiga negeri.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Selangor, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran itu meliputi beberapa kawasan di Selangor termasuk Sabak Bernam dan Kuala Selangor serta Limbang (Lawas) di Sarawak.

Iklan
Iklan

Amaran cuaca yang sama turut melibatkan beberapa kawasan di Sabah termasuk di pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) serta pantai barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud). - Bernama 

 

 

Iklan
Iklan