Wanita maut dirempuh van langgar lampu isyarat merah

Iklan
Seorang wanita maut dilanggar pemandu van warga Thailand.

JITRA - Seorang pemandu van warganegara Thailand ditahan kerana disyaki menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di lampu isyarat Napoh, di sini pada malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu melibatkan sebuah van Toyota Hiace dan sebuah motosikal jenis Modenas.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu van berusia 60 tahun itu dalam perjalanan dari Pantai Remis, Perak menuju ke Satun, Thailand.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu van dipercayai tidak berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum melanggar motosikal yang datang dari arah simpang sebelah kiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Seorang pemandu van warganegara Thailand ditahan kerana disyaki menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di lampu isyarat

Beliau berkata, akibat pelanggaran tersebut, penunggang motosikal, seorang wanita berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Iklan

Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Jitra bagi tujuan bedah siasat, sementara punca kematian masih menunggu laporan post mortem.

Tambah beliau, pemandu van yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah ditahan bagi membantu siasatan dan saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau berbahaya.