KDN terima 20,000 topeng muka dari Duta China
Iklan
SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima sumbangan 20,000 keping topeng muka daripada Kedutaan Besar China di Malaysia untuk kegunaan petugas barisan hadapan kementerian berkenaan.
Menurut kenyataan media KDN, sumbangan tersebut disampaikan oleh Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Putrajaya hari ini.