Falasi babi: Bangkitlah Selangor!
Iklan
Rakyat menolak sebarang bentuk penternakan babi – kecil, besar atau sederhana – di negeri Selangor. Foto hiasan
DUA dekad tinggal di Selangor memerlukan kesabaran luar biasa. Putus bekalan air, banjir, pengurusan sampah menjengkelkan, letupan gas – ini setakat yang lintas di ingatan, belum melalui penyelidikan terperinci.
Terkini mengusai massa, isu penternakan babi Kuala Langat sehingga mengundang murka Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah, lalu baginda mengeluarkan kenyataan menyelar pentadbiran negeri di bawah Menteri Besar YAB Amirudin Shari.