Pemuda UMNO perlu perkukuh parti, jangan serang sesama sendiri - Mohd Afifi

Iklan
Mohd Afifi

KUALA LUMPUR - Semua peringkat dalam UMNO termasuk kepimpinan tertinggi diingatkan supaya tidak saling menyerang dan menghina sesama sendiri demi memastikan parti itu kukuh dan bersatu.

Ketua Pemuda UMNO Kapar, Mohd Afifi Aris berkata, sudah tiba masanya ahli parti berganding bahu dengan mengambil iktibar terhadap kejadian-kejadian sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Kita sambut seruan Ketua Pemuda UMNO untuk kita menjadi wadah penyatuan orang Melayu.

"Jangan bergaduh, memerli, menghina bangsa sendiri dan mereka yang berada dalam jawatan atas yang tidak sependapat dengan pemuda tidak menyerang sesama ahli.

Iklan

"Justeru dalam dalam tempoh 24 bulan ini, kita siap-siagakan diri kita, pastikan ketua kita sentiasa tahu kita bersama dengannya kerana Pemuda UMNO memainkan peranan penting dan jelas dalam memperkukuh parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyokong ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan supaya tidak mengulangi sejarah perpecahan parti seperti yang berlaku pada 1988.

Menurutnya, perpecahan sedemikian tidak boleh dibiarkan berlarutan atau berulang dalam landskap politik moden hari ini.

"Generasi kini memikul beban besar dan berdepan pelbagai cabaran namun banyak iktibar daripada sejarah lampau yang wajar dijadikan pedoman.

"Selain itu kita perlu mencari semula dan mengajak rakan-rakan seperjuangan yang berada di luar parti sama ada yang tewas dalam pemilihan, kalah dalam pilihan raya umum, merajuk atau berasa disisihkan untuk kembali bersama dan berjuang semula dengan kita.

“Ia penting bagi memastikan UMNO kembali solid dan kuat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, seterusnya mampu bertempur habis-habisan sebagai satu pasukan Barisan Nasional untuk memenangi induk serta majoriti mudah bagi membentuk kerajaan akan datang," katanya.