Akmal Saleh sindir Ketua Pemuda DAP, tegas pertahankan maruah

Iklan
Muhamad Akmal

SHAH ALAM – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengeluarkan kenyataan tegas terhadap Ketua Pemuda DAP, Woo Kah Leong susulan hantaran kritikan terhadap keputusannya meletakkan jawatan sebagai Exco Melaka.

Muhamad Akmal menerusi satu hantaran di laman Facebooknya pada Khamis menegaskan bahawa berbeza dengan individu yang berintegriti, pemimpin terbabit dianggap tiada maruah.

Iklan
Iklan

“Bukan cakap tak serupa bikin. Tapi cakap orang bermaruah berbeza seperti orang yang tiada maruah macam kamu. Malu lah DAP dapat pemimpin macam kamu, sembang kencang tapi takut hilang jawatan rupanya,” ujarnya.

Kenyataan Muhamad Akmal itu merupakan respons terhadap hantaran Kah Leong sebelum ini yang membidas keputusan Muhamad Akmal dengan mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu bahawa “musuh sebenar” adalah Perikatan Nasional (PN) yang merampas kerusi UMNO pada pilihan raya umum lalu.

Iklan

Muhamad Akmal sebelum itu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Exco Kemajuan Desa dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka, yang akan berkuat kuasa pada minggu depan, bagi membolehkannya menentang DAP habis-habisan.

Beliau ketika berucap pada Perhimpunan Pemuda UMNO pada Khamis dilaporkan berkata, keputusan itu bersandarkan kepada prinsip dan maruah peribadi.

Iklan

Tindakan Muhamad Akmal mendapat pujian daripada rakan sejawatnya daripada Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang menawarkan kerjasama menentang musuh yang sama.