Seorang pekerja Alliance Bank positif Covid-19

Iklan
Alliance Bank

SHAH ALAM - Alliance Bank Malaysia Berhad mengesahkan seorang kakitangannya dari cawangan Damansara Uptown positif wabak koronavirus (Covid-19) hari ini.

Menurut kenyataan media perbankkan tersebut, selain bertugas di Damansara Uptown, kakitangan terbabit turut memberikan perkhidmatan di Alliance Bank Taman Tun Dr Ismail dan Kota Damansara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kakitangan tersebut kini telah mendapatkan rawatan perubatan di sebuah hospital tempatan.

"Selaras dengan garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM), kami telah mula mengesan kontek melibatkan kakitangan dan pelanggan kami yang mungkin mempunyai hubungan rapat dengan pekerja terbabit.

Iklan

"Pekerja-pekerja ini kemudiannya akan menjalani ujian Covid-19 dan perlu menjalani tempoh kuarantin,” katanya.

Mengulas lanjut, kenyataan itu turut memaklumkan bahawa ketiga-tiga cawangan yang terjejas akan ditutup sehingga dimaklumkan kelak bagi menjalani prosedur pembasmian kuman dan sanitasi sebagaimana garis panduan KKM.

Iklan

Katanya, pelanggan yang perlu melakukan urus niaga perbankan diminta untuk meneruskan sama ada di cawangan Sri Damansara atau pun di SS2, Petaling Jaya.

"Kami menggalakkan semua pelanggan dapat melakukan transaksi perbankan secara dalam melalui allianceonline di www.allianceonline.com.my, atau menerusi aplikasi Alliance Bank Mobile.

"Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan di talian 03-55169988 untuk mendapatkan bantuan dan maklumat lanjut,” katanya.