JUARA bertahan beregu lelaki Terbuka India, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan berstatus Super 750 itu apabila tewas kepada pasangan Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan bagi perebutan tiket ke suku akhir pada Khamis.
Pada set pertama yang berlangsung di Kompleks Sukan Siri Fort, New Delhi, Sze Fei-Izzuddin tewas 14-21 sekali gus bukan permulaan baik yang diharapkan pasangan profesional negara itu dalam perlawanan tersebut.
Iklan
Iklan
Di set kedua, juara Terbuka Artik itu memperkemaskan corak permainan dengan meningkatkan tempo serta konsistensi pukulan sekali gus bangkit mencipta kemenangan 21-17 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.
Pun begitu, harapan menyaksikan Sze Fei-Izzuddin meraih kemenangan tidak kesampaian apabila tewas 21-14 dalam perlawanan yang berlangsung selama 46 minit.
Ia adalah kekalahan kedua berturut-turut Sze Fei-Izzuddin di Jelajah Dunia BWF musim ini selepas tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2026 minggu lalu.