Tiada keperluan Dr Akmal letak jawatan Exco Melaka - Puad Zarkashi

Iklan
Muhamad Akmal mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Sayap Pemuda UMNO sempena PAU 2025. Gambar kecil: Mohd Puad

SHAH ALAM - Tiada keperluan untuk Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Melaka.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu juga tidak perlu melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda parti.

Iklan
Iklan

"Meletak jawatan Exco dalam 'BN led government' tidak sama dengan keluar dari 'PH led government'. Dan letak jawatan Exco Melaka tidak 'carry weight' berbanding letak jawatan Ketua Pemuda dalam isu 'pull the plug'.

"Akmal tidak perlu pun letak jawatan sebagai Exco Melaka atau Ketua Pemuda. Yang penting lawan tetap lawan walaupun berada dalam kerajaan yang sama," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Iklan

Muhamad Akmal mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Sayap Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

ADUN Merlimau itu turut memaklumkan, beliau tidak akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO seperti yang diramal sebelum ini.

Iklan

Puad berpandangan, Ketua Pemuda UMNO terbabit berkemungkinan mempunyai alasan munasabah tersendiri melepaskan jawatan Exco Melaka itu.

"Media tidak berhenti henti menelefon minta komen pasal Dr Akmal meletak jawatan sebagai EXCO Melaka. Saya jawab mudah. Tiada keperluan.

"Melawan DAP tidak perlu sepenuh masa hingga terpaksa letak jawatan Exco Melaka. Melaka adalah 'BN led government'," ujarnya lagi.

Terdahulu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memaklumkan bakal menunggu surat rasmi peletakan jawatan Muhamad Akmal sebagai Exco Kerajaan Negeri itu.

Bagaimanapun, Ab Rauf berkata, terpulang kepada dirinya sama ada ingin mempertimbang dan menerima peletakan jawatan itu atau sebaliknya.