KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muahamad Akmal Saleh memberi tempoh 24 jam kepada Malaysiakini untuk memohon maaf secara bersemuka selepas portal berita itu didakwa menyiarkan imej babi dengan kapsyen mengenai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025.
Beliau menuntut wakil portal berita berkenaan untuk datang memohon maaf sendiri di PAU yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini bermula Rabu hingga Sabtu ini.