Antara kandungan, disiplin dan keperluan zaman
Iklan
Matlamat pendidikan bukan sekadar melahirkan pelajar yang lulus peperiksaan, tetapi membentuk sumber manusia yang berdaya saing, berdisiplin dan mampu menyesuaikan diri dengan dunia yang sentiasa berubah. Gambar hiasan
MINGGU ini adalah minggu permulaan anak-anak kita kembali ke sekolah dalam tahun baharu. Selalunya di awal tahun seperti ini pelbagai isu yang dibahaskan dan seringkali perbahasan tentang pendidikan negara sering terperangkap dalam isu-isu yang bersifat permukaan—warna kasut, jenis pakaian seragam, pemakaian tali leher atau tidak, pelekat bendera negara dan sebagainya.
Isu-isu ini bukan tidak penting, tetapi apabila ia mendominasi wacana awam dan perhatian pembuat dasar, kita berisiko mengabaikan persoalan yang jauh lebih besar dan strategik: apakah sebenarnya matlamat pendidikan negara, dan sejauh mana kandungan kurikulum kita benar-benar menyediakan pelajar untuk menghadapi perubahan zaman dan keperluan masa hadapan?