Prasarana susun strategi jadikan pengangkutan awam pilihan utama
Iklan
Pengukuhan perkhidmatan bas antara inisiatif utama Prasarana bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, khususnya di Lembah Klang. Gambar kecil: Amir
SHAH ALAM – Penambahan tren baharu, pengukuhan perkhidmatan bas serta peluasan perkhidmatan pengangkutan pintar antara inisiatif utama Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, khususnya di Lembah Klang.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Amir Hamdan berkata, usaha berkenaan dilaksanakan secara menyeluruh melibatkan rangkaian rel, bas dan perkhidmatan sokongan bagi memastikan pengangkutan awam menjadi pilihan utama masyarakat bandar.