Tekanan urbanisasi cetus kesesakan bandar
Iklan
Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD). Imej janaan AI
SHAH ALAM – Kesesakan trafik yang tidak berkesudahan di Lembah Klang bukan lagi sekadar isu jalan raya, sebaliknya berpunca daripada tekanan urbanisasi yang berkembang lebih pantas daripada keupayaan sistem bandar menampungnya.
Migrasi penduduk luar bandar, pembangunan yang melebar ke pinggir bandar serta kegagalan keterhubungan pengangkutan awam dikenal pasti sebagai faktor utama yang menjadikan perjalanan harian semakin panjang, walaupun jarak kediaman dan tempat kerja semakin dekat.