80 peratus masuk KL seorang satu kereta
Iklan
Majoriti kenderaan yang memasuki Kuala Lumpur dipandu seorang diri pada waktu tertentu menyumbang kepada kesesakan jalan raya di ibu kota. Gambar hiasan (Gambar kecil: Teik Hua)
SHAH ALAM – Kesesakan lalu lintas di Lembah Klang bukan lagi berpunca daripada kekurangan lebuh raya, sebaliknya didorong oleh penggunaan kenderaan persendirian yang terlalu tinggi, apabila majoriti kenderaan yang memasuki pusat bandar dipandu seorang diri sahaja.
Pakar Pengangkutan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, corak perjalanan sedemikian menjadikan sistem jalan raya sangat tidak cekap dan menjadi punca utama kesesakan berpanjangan, khususnya pada waktu puncak pagi dan petang.