Perbezaan politik tanpa kebijaksanaan boleh runtuhkan kerajaan - Mohamad
Iklan
Mohamad berucap dengan penuh semangat pada Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Antarabangsa Kuala Lumpur pada malam Rabu. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kepimpinan dan ahli UMNO diingatkan agar mengurus perbezaan pandangan secara berhemah kerana tindakan berasaskan emosi berisiko mencetuskan kejatuhan kerajaan serta menjejaskan kepentingan rakyat.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, apabila perbezaan politik dibiarkan membarah tanpa kebijaksanaan, kerajaan akan runtuh.
Iklan
Iklan
"Kita telah menyaksikan di beberapa negara, bagaimana pertelingkahan politik yang tidak terkawal telah melumpuhkan institusi negara.
"Saya menyeru seluruh warga UMNO, agar kembali berpegang kepada nilai-nilai yang melahirkan parti ini. Nilai luhur yang menjadi tunjang pembinaan negara.
Iklan
"UMNO tidak pernah dibina untuk menjadi parti yang sekadar pandai menjatuhkan. UMNO dibina untuk memerintah dengan akal, menstabilkan dengan strategi dan membina dengan tanggungjawab," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat serentak Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini pada Rabu.
Iklan
Dalam masa sama, Mohamad turut mengingatkan agar semua ahli parti supaya membezakan antara perjuangan dan pemusnahan, strategi dan emosi, keberanian dan kenaifan.
"Jadi saya menyeru ahli UMNO untuk mendukung peranan kami dalam Kerajaan Perpaduan dengan pandangan yang membina. Idea yang bernas, teguran yang munasabah.
"Insya-ALLAH hikmah dari teguran yang baik dan bernas, akan kami terjemahkan menjadi natijah yang juga baik untuk bangsa Melayu dan tanahair kita Malaysia.
"Sebagai sebuah gerakan kebaikan bangsa, UMNO dan segala pengalamannya mesti mengubahsuai serta menambah baik agenda Melayu dengan cara yang strategik dan betul," katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.