Ringgit ditutup 0.2 peratus lebih kukuh berbanding dolar AS

Iklan
Mata wang tempatan mengukuh kepada 4.0465/0525 berbanding dolar AS. Foto hiasan

RINGGIT ditutup 0.2 peratus lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh aliran masuk portfolio yang mampan ke dalam bon dan ekuiti Malaysia, mencerminkan keyakinan terhadap pertumbuhan permintaan domestik, tetapan dasar yang stabil dan hasil sebenar yang menarik.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.0465/0525 berbanding dolar AS ketika ditutup pada Selasa iaitu 4.0555/0600. Ia juga lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Iklan
Iklan

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata, walaupun Indeks Dolar AS (DXY) kekal hampir pada paras 99, ia menggariskan perbezaan yang jelas antara dolar AS/ringgit dan pergerakan dolar yang lebih meluas.

Beliau berkata, walaupun DXY disokong oleh hasil AS yang masih tinggi, ketiadaan penghindaran risiko global bermakna kekuatan dolar tidak diterjemahkan kepada aliran defensif, sekali gus membolehkan mata wang yang memberikan hasil yang lebih tinggi dan disokong secara asas seperti ringgit mencatatkan prestasi yang lebih baik.

Iklan

"Semuanya menyediakan ringgit dengan sumber kekuatan yang bebas dan bukannya membiarkannya menjadi tebusan kepada pergerakan harian dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Iklan

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5488/5526 daripada 2.5521/5551 ketika ditutup semalam, mengukuh berbanding euro kepada 4.7146/7216 daripada 4.7344/7396, dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.4446/4526 daripada 5.4676/4737.

Mata wang tempatan juga menunjukkan prestasi lebih baik berbanding mata wang serantau ASEAN.

Ringgit lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.1432/1481 daripada 3.1511/1549 ketika ditutup pada Selasa, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 239.9/240.3 daripada 240.3/240.6 semalam, menokok berbanding peso Filipina kepada 6.81/6.82 daripada 6.83/6.84 sebelumnya, dan menambah berbanding baht Thailand kepada 12.8714/8958 daripada 12.8840/12.9036. - Bernama