DUNGUN - Murid-murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Raja mengenakan baju sejuk berikutan suhu rendah yang direkodkan sejak awal sesi persekolahan.
Guru Besar SK Pasir Raja, Mohd Nor Azizi Kamarudin berkata, suhu sekitar 18 hingga 20 darjah Celsius direkodkan pada waktu pagi sejak Ahad lalu, menyebabkan kebanyakan murid yang tidak biasa dengan keadaan tersebut mengenakan pakaian tambahan bagi memanaskan badan. - Foto Bernama