Bukit Tagar lokasi sesuai ganti Tanjong Sepat
Iklan
Cadangan pemindahan industri penternakan babi ke Bukit Tagar di Hulu Selangor disifatkan sebagai penyelesaian strategik dan praktikal.
SHAH ALAM – Cadangan pemindahan industri penternakan babi ke Bukit Tagar di Hulu Selangor disifatkan sebagai penyelesaian strategik dan praktikal yang boleh mengatasi isu pencemaran dan konflik kawasan penempatan.
Naib Presiden Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia, Randolph Jerimiah berkata, lokasi tersebut terletak jauh daripada kawasan petempatan.