Pelajar bukan 'tikus Belanda'
DALAM bahasa Inggeris, istilahnya adalah guinea pig, maksudnya seseorang atau sesuatu yang dijadikan bahan percubaan. Ada orang gunakan istilah 'tikus Belanda' dalam bahasa Melayu. Jadi, bila kita sebut 'tikus Belanda' dalam konteks pendidikan, golongan murid atau pelajarlah yang dimaksudkan. Mereka nampaknya dijadikan bahan percubaan atau eksperimen.
Macam soal peperiksaan UPSR dan PT3. Dari dulu memang bagus sangat ada dua peperiksaan itu. Itu cara terbaik nak nilai pelajar. Memang ada banyak kaedah ujian untuk buat pentaksiran tapi UPSR dan PT3 memang cara yang ditunggu-tunggu oleh pihak sekolah, pelajar dan ibu bapa. Ibu bapa sendiri nak tahu tahap dan kualiti pembelajaran anak mereka. Memang UPSR dan PT3 itu berskala nasional. Tapi itu jadi ukuran yang terbaik untuk nilai kemampuan akademik pelajar.