Anjur program menteri hidup seperti rakyat
Iklan
Laporan Sinar Harian pada 10 Januari 2026.
SAYA lihat rata-rata rakyat memuji tindakan tegas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menyelesaikan isu penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat sejak beberapa hari lalu.
Seperti yang dilaporkan semua media, Sultan Sharafuddin menitahkan agar semua operasi penternakan babi di kawasan Tanjong Sepat dihentikan dan dipindahkan sepenuhnya ke Bukit Tagar secara berfasa. Sebelum itu, titah yang paling menyentuh hati rakyat ialah cadangan supaya wakil rakyat tinggal dan menetap bersebelahan kawasan penternakan babi di Kuala Langat supaya mereka dapat merasai sendiri pengalaman sebenar dialami penduduk setempat.