Ahmad Zahid beri nasihat terbaik buat Akmal Saleh

Iklan
Ahmad Zahid (kiri) dan Dr Muhamad Akmal.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memberikan nasihat kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, dalam satu pertemuan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Selasa.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) memaklumkan ada menitipkan pesanan dan nasihat untuk pertimbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau tersebut.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan hasil perbincangan bersama Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu.

"Saya sudah bertemu dengannya (Dr Muhamad Akmal) tadi dan telah memberikan nasihat terbaik.

Iklan

"Beliau akan mengumumkan hasil pertemuan itu esok,” katanya kepada pemberita sebelum menghadiri Majlis Konvokesyen Kedua Sekolah Patriotik UMNO di WTCKL.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengesahkan bahawa beliau akan bertemu dengan Dr Muhamad Akmal bagi membincangkan kedudukannya dalam parti dan kerajaan.

Iklan

Pada Isnin, Dr Muhamad Akmal memberitahu akan akur dengan keputusan Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhubung kedudukan jawatan yang disandangnya ketika ini.