Mayat lelaki ditemukan dalam kereta di kawasan parkir MITC

Iklan
Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam sebuah kereta di kawasan parkir MITC, Ayer Keroh pada Selasa.

MELAKA – Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam sebuah kereta di kawasan parkir Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini pada Selasa.

Kejadian disedari kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas orang awam terhidu bau busuk sebelum menemui mayat berkenaan di tempat duduk pemandu kereta Nissan Almera dalam keadaan muka terlangkup di stereng.

Iklan
Iklan

Seorang saksi, Zuhair Kamarudin, 24, berkata, dia bersama rakannya, Khairul Ikhwan Abdol Shah, 24, pada awalnya menyangka bau tersebut berpunca daripada bangkai kucing.

Zuhair (kanan) bersama Khairul Ikhwan berkongsi cerita mengenai penemuan mayat dalam kereta itu.

Iklan

“Kami datang untuk makan di sebuah kedai berhampiran dan terhidu bau busuk seperti bangkai kucing tetapi tidak menjumpai apa-apa.

“Selepas selesai makan, kami ternampak sebuah kereta dengan tayar kanan hadapan pancit. Apabila menjengah ke dalam kereta, kami lihat ada orang di kerusi pemandu dan keadaan kulitnya sudah teruk,” katanya.

Iklan

Zuhair berkata, kenderaan itu dalam keadaan enjin dimatikan selain bahagian penumpang terdapat beberapa keping gambar serta tin minuman keras dan puntung rokok.

Anggota polis dan bomba sedang menjalankan siasatan serta dalam proses mengeluarkan mayat mangsa dari kenderaan berkenaan.

Ujarnya, mereka kemudian segera menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian terbabit.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi sekitar jam 2 petang mendapati anggota polis dan bomba sedang menjalankan siasatan serta dalam proses mengeluarkan mayat mangsa dari kenderaan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes tersebut.