LBS tutup 2025 dengan pencapaian strategik kukuh, optimis 2026

Iklan
LBS telah diiktiraf sebagai salah satu Syarikat Terurus Terbaik Deloitte di Malaysia selama empat tahun berturut-turut, serta dianugerahkan pengiktirafan Piawaian Emas.

PETALING JAYA – LBS Bina Group Berhad (LBS) menutup tirai 2025 sebagai tahun pertama pelaksanaan Strategi 8 x 8 dengan mencatat pelbagai pencapaian strategik utama yang memperkukuh asas pertumbuhan jangka panjangnya.

Sepanjang tahun lalu, pemaju hartanah itu memberi tumpuan kepada pengukuhan asas pembangunan jangka panjang melalui pelaksanaan inisiatif strategik yang lebih berfokus dan terpilih.

Iklan
Iklan

Antara pencapaian utama ialah memperoleh hak pembangunan di Kwasa Damansara, sekali gus meningkatkan keterlihatan bank tanah sekali gus mendorong kemajuan di salah sebuah perbandaran bersepadu yang pesat membangun di Lembah Klang.

LBS Bina Group Berhad ialah sebuah syarikat pemaju hartanah yang dipercayai dan berteraskan rakyat, dipacu oleh janji jenama terasnya, 'Building Tomorrow Together'.

Iklan

Kelulusan pemegang saham bagi pembangunan utama di Kwasa Damansara telah diperoleh pada Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan pada 5 Disember 2025, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi pembangunan Kumpulan secara berperingkat.

Dalam tempoh sama, LBS memeterai dua Perjanjian Usahasama dengan Oriental Holdings Berhad bagi pembangunan bersama Fasa 1A dan Fasa 1B projek pembangunan bercampur bersepadu di Klebang, Melaka, sekali gus mencerminkan penglibatan berterusan Kumpulan dalam koridor pertumbuhan utama.

Iklan

LBS turut mengutamakan pengoptimuman bank tanah dan kecekapan modal sebagai teras fleksibiliti kewangan. Pada November 2025, Kumpulan berjaya memperoleh kewangan melalui penjualan tanah seluas dua ekar di Johor Bahru pada harga RM110 juta bagi mengukuhkan kedudukan kunci kira-kira serta meningkatkan keupayaan merebut peluang penjanaan nilai.

Dari segi kelestarian, LBS mencapai penarafan FTSE4Good 4.1, mencerminkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang kukuh. Kumpulan turut menerbitkan program Sukuk Wakalah yang hasil terbitannya digunakan selaras dengan Rangka Kerja Pembiayaan Mampan LBS dan menerima pelbagai anugerah bagi terbitan sulung sukuk tersebut.

Tan Sri Dato’ Sri Ir (Dr) Lim Hock San

Pada tahun dalam tinjauan, LBS juga mencapai Piawaian Emas buat kali pertama di bawah program Syarikat Terurus Terbaik oleh Deloitte Private selepas empat tahun pengiktirafan berturut-turut. Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Dato’ Sri Ir (Dr) Lim Hock San turut dianugerahkan Anugerah Usahawan Hartanah Cemerlang The Edge Malaysia 2025, selain Anugerah Pilihan Industri Business Today bagi kategori Pembangunan Berteraskan Komuniti Terbaik.

Mengulas pencapaian tersebut, Lim berkata, 2025 merupakan tahun penting dalam meletakkan asas Strategi 8 x 8 Kumpulan.

“Menyusuri ke 2026, tumpuan kami kekal pada pelaksanaan peluang yang selaras dengan visi jangka panjang, pengoptimuman aset tanah, serta pengukuhan perbandaran utama kami. LBS akan terus berkembang secara bertanggungjawab, dipandu oleh permintaan pasaran dan pertimbangan kelestarian untuk semua pihak berkepentingan,” katanya.

Melangkah ke hadapan, LBS kekal optimis terhadap pasaran hartanah pada 2026 yang dijangka terus positif dan berdaya tahan, disokong oleh permintaan yang kukuh serta sumbangan berterusan projek pembangunan strategik Kumpulan kepada momentum ekonomi negara.