Bersatu terima hasrat Muhyiddin berundur, Pas sedia pimpin PN hadapi PRU16

Iklan
Ahmad Fadhli Shaari

SHAH ALAM - Pas sedia mengemudi Perikatan Nasional (PN) susulan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) menerima hasrat Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berundur daripada jawatan Pengerusi gabungan itu.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, langkah itu penting bagi menyusun hala tuju baharu PN menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, satu keputusan yang cukup baik dari mesyuarat MPT Bersatu yang menerima dengan terbuka hasrat Tan Sri Muhyiddin untuk berundur daripada posisi Pengerusi PN.

"Insya-ALLAH PN akan bergerak ke hadapan. Berikan Pas peluang untuk mengemudi teraju PN menghadapi PRU16. Kita bangkit mara ke Putrajaya," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini, Bersatu dilapor mengadakan perjumpaan tertutup bersama MPT parti pada malam Isnin.

Muhyiddin memberitahu, antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan adalah mengenai peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi PN.

Iklan

Menurutnya, sebab dan musabab keputusan itu dibuat telah diperjelaskan secara terperinci kepada ahli yang terlibat.