Rakan serumah tidak tahu ada lelaki dalam bilik
Iklan
Pasangan kekasih ditangkap khalwat dalam sebuah rumah di Taman Tiong, Kulim.
KULIM - Seorang rakan serumah mengaku tidak mengetahui kehadiran teman lelaki rakannya ketika serbuan dilakukan Pejabat Agama Daerah Kulim di sini pada Selasa.
Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, serbuan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Tiong kira-kira jam 12.21 tengah malam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ketika pemeriksaan dilakukan, pasangan terbabit mengambil masa lebih kurang lapan minit untuk membuka pintu selepas diketuk.
"Pemeriksaan kemudian mendapati wanita berusia 22 tahun dan pasangannya berusia 25 tahun berada dalam salah satu bilik di mana lelaki terbabit didapati bersembunyi di sebalik pintu.
Iklan
"Rumah sewa itu turut didiami dua orang wanita lain, namun ketika kejadian, rakannya mengaku tidak mengetahui kehadiran lelaki terbabit," katanya.
Anwar Sharifudin berkata, hasil siasatan awal mendapati wanita itu berasal dari Sarawak dan bekerja di sebuah syarikat di Kulim sejak kira-kira lima bulan lalu, manakala rumah berkenaan disewa sejak empat bulan lalu.
Iklan
“Wanita tersebut mengaku mengenali teman lelaki melalui media sosial sejak empat tahun lalu.
"Lelaki itu bekerja sebagai penghantar barang dan menetap di Sungai Kob, dikatakan datang ke rumah teman wanita sekitar jam 9 malam,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua individu terbabit mengaku bukan suami isteri dan tidak mempunyai hubungan mahram.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>