WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan, negara yang berdagang dengan Iran akan dikenakan tarif 25 peratus berkuat kuasa serta-merta.
Pengumuman melalui media sosial itu dilihat langkah Washington untuk memberi tekanan hebat ke atas Teheran susulan protes antikerajaan yang meragut lebih 600 nyawa termasuk pihak berkuasa.
Iklan
Iklan
Trump beberapa kali ke mengugut Teheran untuk melancarkan campur tengan ketenteraan jika pentadbiranya mendapati Iran menggunakan kekerasan yang membunuh penunjuk perasaan.
Beliau berkata, garisan merah yang ditetapkan Amerika Syarikat dalam isu protes tersebut sudah dilanggar Iran dan beliau serta pasukan ketenteraan mempertimbangkan secara serius untuk melakukan campur tangan.
China, Brazil, Turkiye dan Rusia merupakan antara rakan dagang utama Iran.
Trump kini dilihat semakin 'mengila' selepas menculik bekas Presiden Venezuela, Nicolas Maduro selain secara terbuka mengumumkan beliau sebagai Presiden sementara negara Amerika Latin itu. '
Selain itu, Trump turut mengugut mahukan Greenland, milik Denmark atas alasan keselamatan daripada 'ancaman' China dan Rusia. - Awani