Markah bukan kejayaan manusia
Iklan
Walaupun peperiksaan bukanlah alat ukur sebenar menguji kebijaksanaan dan kebolehan manusia tetapi ia boleh menjadi alat untuk pelajar berusaha.
ADA ura-ura peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) hendak diperkenalkan semula. Ramai orang berdebat sama ada ia perlu atau tidak perlu. Walaupun peperiksaan bukanlah alat ukur sebenar menguji kebijaksanaan dan kebolehan manusia, tetapi peperiksaan boleh menjadi alat untuk pelajar berusaha. Tanpa peperiksaan, anak-anak kita mungkin kehilangan punca, dan belajar sambil lewa.
Sekitar awal tahun 1980-an, saya mengambil peperiksaan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara, Changlun, Kedah. Waktu itu ia masih dikenali sebagai Penilaian Darjah Lima. Zaman itu, belum ada lagi kelas tuisyen moden seperti sekarang. Hendak ke sekolah pun belum tentu ada wang poket, apatah membayar tuisyen.