Zahid Hamidi: Pengalaman, ketegasan dan peranan penyatuan
Iklan
Imbas kembali...Ahmad Zahid bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
DALAM era politik Malaysia yang semakin kompleks, kepimpinan tidak lagi dinilai semata-mata melalui kekuatan angka atau dominasi parti, sebaliknya melalui keupayaan menyesuaikan diri, membina kepercayaan dan memastikan kestabilan negara.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Timbalan Perdana Menteri, berada di persimpangan penting politik negara apabila memimpin parti tradisi Melayu dalam landskap politik baharu sambil memainkan peranan strategik dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani.