Jakim, pihak berkuasa pastikan 'Glamping With Pride' tidak diteruskan - Zulkifli

Iklan
Zulkifli menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Kompleks Islam Putrajaya pada Isnin. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan bagi memastikan program 'Glamping With Pride' tidak diteruskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata, pihaknya turut menyerahkan siasatan berhubung program itu kepada pihak polis.

Iklan
Iklan

"Jakim akan bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa untuk memantau supaya mereka (penganjur) tidak meneruskan hasrat itu.

"Jabatan Agama Islam Selangor akan mengambil tindakan susulan bersama dengan pihak polis," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baharu, di sini pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini, Jakim memaklumkan pihak berkuasa memantau rapi penganjuran program 'Glamping With Pride' dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha atau pendekatan yang bertujuan  menormalisasikan perlakuan seks songsang.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, perbuatan sedemikian juga menyalahi undang-undang sedia ada, termasuk Seksyen 25, Akta Kesalahan Jenayah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 serta Seksyen 377A, 377B, 377C dan 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan kesalahan berkaitan seks luar tabii.

Iklan

Setakat ini, polis menerima lima laporan berkaitan iklan program berkenaan yang dijadualkan berlangsung pada 17 dan 18 Jan di Hulu Langat, Selangor. - Bernama