Penemuan objek mencurigakan, konvoi Trump ubah laluan

Iklan
Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat mengubah laluan konvoi Trump selepas penemuan objek mencurigakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach. Foto Agensi

ISTANBUL - Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (USSS) mengubah laluan konvoi Presiden Donald Trump selepas penemuan objek mencurigakan ketika pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach, menurut Rumah Putih, lapor Anadolu Ajansi.

"Ketika pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach, satu objek mencurigakan dijumpai USSS.

Iklan
Iklan

"Siasatan lanjut diperlukan dan laluan konvoi presiden telah diselaraskan sewajarnya," kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karoline Leavitt.

Jurucakap USSS Anthony Guglielmi berkata, laluan kedua diambil sebagai langkah berjaga-jaga yang menurutnya merupakan protokol standard.

Iklan

Ditanya pemberita mengenai bungkusan itu, Trump berkata:"Saya tidak tahu apa-apa mengenainya."

Sebelum ini pada Oktober lepas, USSS menemukan pondok memburu dengan pandangan sasaran terus ke arah lokasi Trump keluar daripada pesawat Air Force One di lapangan terbang sama, namun tiada sesiapa dikesan di kawasan itu. - Bernama-Anadolu

Iklan