Penganjuran 'Glamping with Pride' boleh undang murka, laknat ALLAH ke atas Selangor

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan isu program songsang berkenaan.

SHAH ALAM- Perbuatan seperti penganjuran 'Glamping with Pride' boleh mengundang kemurkaan serta laknat daripada ALLAH SWT ke atas negeri Selangor.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Senator Datuk Salehuddin Saidin dan Sahibus Samahah Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir menerusi kenyataan bersama berkata, ini kerana mempromosi atau menghalalkan gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBTQ) adalah bercanggah dengan Maqasid Syariah, khususnya dalam aspek menjaga keturunan (Hifz al-Nasl).

Iklan
Iklan

Menurutnya, umat Islam tidak seharusnya terikut-ikut dengan amalan dan budaya hidup barat yang mengamalkan amalan songsang itu atas dasar kebebasan hak asasi manusia.

"Walaupun perbuatan tersebut melibatkan dosa individu dengan ALLAH SWT yang melangkaui batas fitrah, namun perbuatan ini boleh mengundang kemurkaan serta laknat daripada ALLAH SWT ke atas negeri ini.

Iklan

"Tidak semua kebebasan hak asasi manusia boleh diterima dan boleh dijadikan sebagai amalan masyarakat Islam jika ia jelas bercanggah dengan ajaran agama.

"Ini kerana mereka menghalalkan apa yang telah jelas diharamkan oleh agama Islam. Mereka juga percaya bahawa manusia bebas menentukan identiti jantina sedangkan ia bertentangan dengan fitrah yang ditetapkan di luar ketetapan fitrah ALLAH SWT," ujarnya pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini, program ‘Glamping With Pride’ yang dijadualkan berlangsung di Hulu Langat pada hujung minggu depan tetap akan diteruskan walaupun mendapat bantahan daripada Pas Selangor.

Program tersebut dianjurkan oleh sebuah kumpulan pro LGBTQ yang dikenali sebagai Jejaka dan digambarkan sebagai satu retreat berasaskan komuniti yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan, sokongan rakan sebaya serta kesedaran kesihatan.

Menurut kumpulan itu, aktiviti tersebut tidak melanggar undang-undang negara.

Sementara itu, MAIS dan Sahibus Samahah Mufti Selangor turut menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menghalang dan tidak mengeluarkan sebarang permit bagi penganjuran program “Glamping with Pride” serta program seumpamanya di Selangor.

Jelasnya, dalam masa sama pemantauan rapi dan tindakan tegas mengikut undang-undang perlu diambil bagi memastikan aktiviti sedemikian tidak dianjurkan.

"Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan Pengerusi MAIS dan Sahibus Samahah Mufti Negeri Selangor untuk mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti yang melibatkan LGBT ini.

"Baginda menzahirkan tentangan dan bantahan keras terhadap sebarang aktiviti songsang LGBT yang dianjurkan dalam Negeri Selangor. Begitu juga dengan sebarang bentuk penganjuran festival, perarakan, aktiviti, sambutan atau promosi gaya hidup songsang LGBT dalam mana-mana daerah di negeri ini," jelasnya.

"Selain itu, sebarang aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender juga mengundang kepada normalisasi LGBT dan ia boleh menjadi satu ancaman kepada aqidah umat Islam," ulasnya.

Kenyataan itu memberitahu, Sultan Selangor tidak berkenan sebarang penubuhan persatuan, kelab, pertubuhan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan LGBT di Selangor.

"Selaras dengan titah Sultan Selangor, MAIS dan Sahibus Samahah Mufti Selangor turut menyuarakan bantahan dan tentangan terhadap sebarang bentuk penganjuran aktiviti sambutan atau promosi gaya hidup songsang LGBT dalam mana-mana daerah di Selangor.

"MAIS dan Sahibus Samahah Mufti Selangor menegaskan bahawa agama Islam telah mengharamkan amalan songsang LGBT yang mempunyai persamaaan dengan perbuatan liwat kaum Nabi Luth A.S," katanya.